Dunia Si Comelku

Tuesday, April 30, 2013

Istidraj


Assalamualaikum WBT...





Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

---------------------------------------------------------

Dugaan dan ujian,silih berganti. Tapi aku yakin setiap ujian ini ada resultnya. Setiap senyuman yang terukir tu adakalanya menjadi satu medan utk menyembunyikan perasaan yang sebenar. Andai dapat dizahirkan masalah itu menjadi benda, pasti mudah utk atasi masalah dengan menukarkan ia menjadi sesuatu yang kita suka. Namun ALLAH beri kita masalah, ujian, dugaan utk kita gunakan akal fikiran sebagai manusia utk menyelesaikan dengan cara yang terbaek. Berlandaskan keimanan bukan perasaan. 

Bagi aku ketika ini biarlah aku susah dari sudut kebendaan, jangan hatiku miskin dengan keimanan. Sejauh mana hebat kita sekalipun, pokok pangkalnya dari ALLAH. Aku sering berbicara denganNYA selepas solat di atas sejadah, ku luahkan segala kegusaran dihati, aku ceritakan segala isi hati, aku minta apa yang aku mahu, aku merayu, merintih.... Aku tak pernah rasa rugi, bila airmata aku dibazirkan sewaktu berinteraksi dengan Maha Mendengar...Aku tidak malu untuk meminta padaNYA apa yang aku inginkan. kerana aku sangat yakin DIA tahu apa yang terbaek utk diriku.

Aku mengaku adakalanya aku tewas dengan kehendak hati, aku kalah dengan emosi. Aku tidak sempurna, tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun akan aku pastikan yang kesilapan itu tidak berlaku lagi.

Pengalaman adalah guru terbaek utk terus melangkah. Jatuh bangun dalam kehidupan adalah perjalanan biasa utk manusia. Jangan mudah selesa andai ALLAH tidak berikan sebarang ujian yang susah. Jangan silap tafsir andai ingkarnya kita padaNYA tidak dibalas dengan azab derita. Allah tahu apa yang terbaek untuk hambaNYA. Jangan pernah mencabar kekuasaan ALLAH.

Jaga SYAHADAH
Jaga SOLAT
Jaga BATAS
Jaga IMAN


Jauhi maksiat sebelum ALLAH turunkan BALA.
JANJI ALLAH PASTI BERLAKU...

0 comments:

(^_^)

Scars That Can Never Heal

God, please send me A lover which is kind The one who love me for who I really am.....







Tentang Ryhana

My photo
ipoh, perak, Malaysia
حسبي ربي جل اللَّه ما في قلبي غير اللَّه نور محمد صلى اللَّه لا إلــــه إلا اللَّـــه
 

OrkedLife Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting