Dunia Si Comelku

Tuesday, March 30, 2010

Tekanan (>.<)


Uol penah rase stress yang terlampau tak????

Semalam, aku sebenarnya ade kelas teater.. ujung2 tak dapek nak pegi sbb mak kata nk g amik ubat homeopati katanya... aku ingat kejap je la..verangan pastu nk ke kelas teater jugak uol... lalala..... walhal hanya verangan je sbb lokasi yg aku target nk g amik ubatnya tersalah uol....hahaha..... k la ngarut plak kan..... Nak dijadikan cerita, aku dah mengalami sakit kepala yg sangat-sangat samp tahap nk hempas kepala kat batu... dah berlarutan beberapa bulan.... Mak aku jadi risaw la... badan pon sakit jugak....
Mula-mula samp kat umah doc tu mak aku mulakan dulu..so cerita la segala sakit yg dia alami... bla...bla...bla.... Sampai plak turn aku, aku cite la yang aku ni kerap sakit kepala..kadang tu samp muntah (macam mengandung plak kan)... Doc tu mmg pandai la kan...yela name pon doctor..kalo tak bape pandai, berenti je kan...heehehe.... (joking k..) Sbb ape aku rase dia pandai dan aku kagum la jugak...sbb slalunya kalo g klinik biase kite je yang kena membebel kat doc u pasal ape yg kite sakit... tp smlm aku ckp sket je...doc tu yang sambung... Mmg 99% ape yang dikatakan oleh doc itew sgt benar ye.... Melalui pekerjaan aku dia bley tau condition aku camne. Dia kata aku mengalami tekanan emosi yang agak kritikal jugak la. Sebab dia bgtau perkara ni jadi terutama pada gegerl di sebabkan hormon. Bile kite terlalu pressure, akan effect pada emosi. Mmg byk persoalan yang terjawab semalam. yela uols, keje aku mengadap komputer dari pagi samp ke petang.... kawan pon tak bape nk ade nk gosip2 gitew.. so kalo bekerja depan komputer dalam jangka masa yang panjang mmg akan effect pada kepala, seterusnya tengkuk dan pinggang. Sblm tido mmg la tak bley nk lelap terus,harus la berkhayal,verangan serta buat perancangan utk esok beserta dengan memikirkan masalah yang sedia ada.....
Doctor tu bgtau bile kite terlalu stress byk asid yang terhasil...n akan effect kat perut... aku mmg ade gastrik. Dan yang aku terkejut sblm aku bgtau doctor tu aku ade gastrik dia dah tau dulu..katanya sbb kaki aku tak bley diam..asyik nk kena goyang je cam org senang hati..walhal..non ado.... Doctor tu kata lagi, sintem orang yang slalu tak dpt tido dengan aman ni disebabkan dia pernah mengalami kekecewaan yang amat sgt.... Bile doctor kuar statement camtu aku jadik berdebar dah uol.... dia bley baca org ke.... tp yela dia ade ilmu dan kelebihan aku dengar je la.... so dah abes suma penjelasan yang panjang berjela dan terperinci, doctor tu pon sediakn ubat... suma skali ade 5 botol ubat homeopati yang aku kena makan.... dia ade bgtau namenya tp biase la uol....aku lupe...hehehe.... yang pasti pagi,tengahari, petang, malam dua kali. Yang menarik ubat yang last sekali tu... tak silap aku namenya Penghapus bayang ke ape...nanti la kalo aku tau aku betol kan semula ye.... Ubat pagi tu utk urat saraf dan awet muda katanya.... ubat yang len tu tak bape nk ingat...ubat yang akhir skali tu ala2 ubat tido sbb nk bg rest yang terbaek utk badan....hmmm.... Hopeful pasni ade la perubahan....tak larat da aku menanggung sakit camni..seksa wooo.... So pada uol yang nk cuba rawatan alternatif ni bley la cuba amik ubat homeopati ni... Doctor ni pernah merawat pesakit cancer yang kronik, pesakit gile dan pelbagai lagi penyakit... Tapi ape pon ini hanya ikhtiar dengan izin dari ALLAH SWT juga yang Maha Menyembuhkan.... Aku nk sentuh sket ulasan dari doc tu.... Mmg aku akui aku mengalami kekecewaan lepas gagal dalam bercinta. Itew adalah salah satu faktor pendorong kenapa aku jadik murung dan slalu bersendirian...Kalo semalam mak dan kakak aku xde skali byk lagi yg aku nk cite kat doctor tu.. Aku mohon padaNYA agar diperkenankan doaku..amin....

Komunikasi secara berkesan juga penting dalam mengatasi masalah stress. Jadilah pendengar yang baik dan berkomunikasi secara asertif dengan sentiasa menghormati pandangan yang diberikan oleh orang lain walaupun uol kurang bersetuju dengannya. Uol harus bijak meluahkan pendapat secara jelas, tepat dan tegas dengan menggunakan fakta yang tidak disulami dengan perasaan. Ni la salah satu masalah aku jugak.... Masalah komunikasi.... Mulut aku ni mcm mulut puaka.... Mungkin jugak disebabkan tekanan yang aku alami....aku jadik camtu.... Waktu skang ni aku lebih byk masa bersendiri... Tgk wayang pon sorang-sorang....aku bukan tak nak berkawan...tp aku takot melukakan hati dan perasaan org lain disebabkan emosi aku tak stabil. Sesetengah tu mereka tak paham....dan aku tak punyai kuasa utk bg suma org paham aku dlm suma situasi...


Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Di sini aku sertakan beberapa cara utk menangani stress yang aku sendiri kena praktikkan jugak :

1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, pasangan atau kaunselor.
(Camne aku nk hadap kalo aku sendiri tak tau nk mulakan citenya....)
2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.
(Terimalah aku disisimu Ya ALLAH....)
3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.
(tak mampu nk buat camni tak terbayang perkara yang sejuk dan nyaman walalupon aku duk dlm aircond)
4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.
(Keteguhan hati meyakinkan segala....aku harus kuat...)
5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.
(Kat umah sewa aku buat...kat umah sendiri jarang sbb aku tak tau nk alih camne..barang mak aku byk sgt...)
6. Membentuk pengurusan masa yang baik.
(i need an assistant)
7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
(itew yang cuba aku lakukan sekarang ni...)
8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.
(Masalahnya takde sape yang bley dipercayai...camne uol?)
9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.
(Yeah, i'm proud to b myself...pecaye ke?)
10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima. Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.
(Tgk gaya org la jugak kalo nk ajak berbincang...)
11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.
(Sedang berlaku ketika dan waktu ini)
12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.
(i agree....)
13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.
(Selalu je aku ketawa, tp kosong sbb nk nmpk yg aku ni takde problem...)
14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.
(Kawan tetap kawan)....

So pasni no more stress okey....

Sunday, March 28, 2010

Queen of my heart


Puan Norilah Abd Kadir, beliau saje la yg layak mendapat Award Queen of My Heart...
Sepanjang hidupku hanya ingin bersamanya, dia adalah Srikandi yang dikurniakan oleh ALLAH dalam hidupku.Anugerah tidak ternilai dan tiada gantinya. Dulu bagi diriku dia hanya sekadar ibu yang melahirkan aku kedunia ini. Tapi kini dengan kuasa dari ALLAH, aku mengenalinya bukan sekadar sebagai ibuku, tetapi teman sejati, sahabat, penawar dikala duka lara melanda hidupku, pemberi kekuatan. Ye la, adat la kalo seorang mak tu membebel..kan? Adakala dikala sepi melanda jiwa, terkenang kembali bebelan darinya.Adakala aku tersenyum sendirian. Tapi seringnya aku menangis sendirian mengingatkan kejahilan aku tentang dirinya sebagai MAK. Semenjak aku kembali sebumbung dengan Mak, aku mula sedari sesuatu yang aku rasakan aku telah lama hilang mengenai perasaan itu. Skang ni kemana je aku pegi selalunya mak akan ada. Berdampingan dengannya buat aku rasa gembira. Dulu aku sering meninggalkannya seorang kesepian. Kini andai masa masih mengizinkan,aku ingin menebus segala kisah silamku dengan ku abadikan waktu dan ketika yg masih ada bersama Ratu dihatiku ini.Lautan keampunan ku sembahkan andai itu mampu membayar segalanya. Apa yang termampu kan ku lakukan untuk dirinya.Kau segalanya bagiku....Aku bukan manusia sempurna....
"mak, kau ampunilah dosaku,
andainya pernah menghiris hatimu,
mak, halalkan setiap titik susu ibu
yang telah diberikan sewaktu kecilku..."
To all my friends, thanks for being my friend. Here i want to say, i'm feel so sorry if i hurt all of u. With my words that all of u cant accept. I cant be perfect. But i'm hepy if all of u can accept my apologise. I'm just a human dat owez make a mistake in my life. Maybe u can say 'ouwhh its easy to say sorry'...yeah i knew it, but begin with that we can make aou friendship more colorful. Takde manusia yang tak pernah melakukan kesilapan dalam hidupnya.

Why i can do this statement? Because i'm a human. I learn from my mistake. I just need a space in this world to happiness. Transformasi Jiwa + Rohani untuk ke arah yang lebih baek. Please give me a chance...


Aku tak mampu jadi seperti Saiditina Siti Khadijah kerana beliau adalah wanita paling mulia disisi Rasulullah SAW. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Namun wanita yang menjadi kebanggaan dalam hidupku adalah Mak.... Terima kaseh atas segalanya MAK....

(^_^)

Scars That Can Never Heal

God, please send me A lover which is kind The one who love me for who I really am.....







Tentang Ryhana

My photo
ipoh, perak, Malaysia
حسبي ربي جل اللَّه ما في قلبي غير اللَّه نور محمد صلى اللَّه لا إلــــه إلا اللَّـــه
 

OrkedLife Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting