Dunia Si Comelku

Saturday, December 29, 2012

Mencari suatu yang abadi



"Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi....."



     

Dalam mencari sesuatu yang bermakna dalam hidup, banyak perjalanan yang perlu ditempuhi. Bukan mudah untuk lalui kesukaran dalam mencari makna sebuah kehidupan yang sebenar. 

            Aku akui, kehidupan aku berubah 360 darjah. Ramai yang bertanya KENAPA? WHY? Bukan taknak jawab, tapi percayalah inilah kekuasaan ALLAH yang amat hebat. DIA boleh membolak balikkan hati manusia yang lemah. Buat aku terfikir,kita sesama manusia ni tak patut menuding jari bila orang lain buat silap, jangan cepat melatah dengan tuduhan orang. 

       Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Hidayah yang dikurniakan oleh Allah itu bukan patut dinantikan sahaja. Tapi kita sebagai manusia dan hamba yang sering lalai dan leka, perlu mencari, mengharap, meminta , merayu pada DIA untuk diberikan nur hidayahNYA. Adakalanya hidayah itu dah sampai, tapi kita sengaja lengahkan dan buat tak endah. Bila dah ada bencana yang menimpa baru kita tahu betapa berharganya hidayah tersebut. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk kita betol-betol ubah prinsip dan gaya hidup kita. 

           Percayalah wahai sahabat sekalian,natijah dari sebuah kesabaran itu amat manis dihujungnya walaupon sepanjang kita hadapinya amat sukar dan pahit sekali. Ketenangan yang aku cari, aku dah jumpa. Memang betol, kalau Allah sayangkan hambaNya, maka akan diuji keimanannya. Sejauh mana kita berpegang teguh dengan kalimah Agung LAILAHAILLAH,MUHAMMADURRASULULLAH. Andai Allah ada ditingkat teratas hati kita, aku pasti ketenangan akan dikecapi. Hari-harimu sentiasa sibuk dengan amalan kerana takutkan azab Allah kelak.

Ingin aku kongsikan sedikit cerita buat peringatan kita semua :


Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khatab r.a. bahawa Jibril telah datang berjumpa Rasulullah SAW bukan di waktu ia selalu datang.


Rasulullah SAW menghampiri Jibril dan berkata : "Hai Jibril, mengapa wajahmu berubah ?"

Jawab Jibril : "Aku diperintahkan datang untuk menerangkan tentang semburan api neraka"

Rasulullah SAW berkata :"Terangkan kepadaku tentang keadaan Neraka dan Jahannam'

Jawab Jibril : "Sesungguhnya Allah memerintahkan agar jahanam dinyalakan apinya selama 1000 tahun, sehingga berubah warnanya menjadi putih. Kemudian diperintahkan agar dinyalakan 1000 tahun lagi, lalu apinya menjadi merah. Setelah itu diperintahkan supaya dinyalakan selama 1000 tahun lagi, maka apinya menjadi hitam pekat dan tidak padam-padam. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya lubang neraka itu dibuka sebesar lubang jarum, maka terbakarlah bumi dan segala isinya kerana betapa panasnya. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang dari penjaga-penjaga neraka ini diutuskan ke bumi ini, nescaya matilah semua manusia kerana wajahnya hodoh dan baunya terlalu busuk. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, jika satu lingkaran daripada rantai neraka diletakkan di atas sebuah gunung, maka tembuslah gunung itu hingga ke dasar bumi yang paling bawah sekali.

Rasulullah SAW berkata : "Nasib baik aku tidak mati kerana pecah jantung kerana mendengar keteranganmu ini"

Rasulullah SAW melihat Jibril menangis dan beliau turut menangis sambil berkata ; "Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukan engkau begitu rupa di sisi Allah SWT"

Jawab Jibril : "Bagaimana aku tidak menangis, malah akulah yang lebih berhak untuk menangis, kerana siapa yang tahu tentang keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti yang aku ketahui. Aku tidak tahu adakah aku akan mengalami cubaan seperti iblis, sedangkan iblis itu adalah golongan Malaikat. Dan aku tidak tahu apakah aku akan mengalami apa yang dialami oleh Malaikat Harut dan Marut"

Kemudian kedua-dua mereka terus menangis sehingga datanglah seruan dari langit yang berbunyi : "Wahai Jibril, wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Azza Wajalla telah menjamin engkau berdua tidak akan derhaka".

Lalu Jibril naik ke langit dan Rasulullah SAW meneruskan perjalanan beliau sehingga berjumpa dengan sekelompok orang-orang Ansar yang sedang bermain dan ketawa.

Lalu Rasulullah SAW berkata kepada mereka : "Apakah kamu ketawa, sedangkan di belakang kamu Neraka Jahannam. Sekiranya kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu akan ketawa sedikit dan banyak menangis, kamu tidak akan makan dan tidak minum, malah kamu akan pergi ke tempat yang tinggi untuk memohon dan meminta pertolongan Allah SWT."

Diriwayatkan oleh Ahmad daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW menanya Jibril : "Kenapa saya tidak pernah melihat Malaikat Mikail ketawa ?"


Jawab Jibril : "Mikail tidak pernah ketawa sejak Allah menjadikan Neraka"


      Dunia ini bukan selamanya milik kita. Aku tidak mampu berjanji yang aku bakal menjadi pengantin, namun aku yakin aku bakal jadi jenazah. Aku yakin pada kematian. Janji Allah pasti berlaku. Sejenak aku terfikir, apa bekalan yang aku bawa untuk menghadap Sang Pencipta? Aku ini manusia yang takut neraka, tapi tahu yang aku masih tidak layak di syurga.

      Berhijrah dari dunia kegelapan kepada kehidupan yang diberkati. Jangan malu untuk bertaubat.Tapi malulah bila terus kita bangga dengan dosa yang kita lakukan. 


إِلَهِي لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلَا
وَلَا أَقوَى عَلَى النَّارِ الْجَحِيمِ


فَهَبْ لِي تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوبِي
فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَّنبِ الْعَظِيمِ



Wahai Tuhan ku tak layak ke Syurga-Mu
Namun Aku tidak sanggup ke neraka-Mu
Terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar


Aku rindu padamu Ya Rasulullah...
Moga artikel ini memberi manfaat untuk semua... Wallahu'alam...

0 comments:

(^_^)

Scars That Can Never Heal

God, please send me A lover which is kind The one who love me for who I really am.....







Tentang Ryhana

My photo
ipoh, perak, Malaysia
حسبي ربي جل اللَّه ما في قلبي غير اللَّه نور محمد صلى اللَّه لا إلــــه إلا اللَّـــه
 

OrkedLife Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting