Dunia Si Comelku

Wednesday, July 14, 2010

BUAT TATAPAN INSAN YANG BAKAL MENJADI SUAMIKU



BUAT TATAPAN INSAN YANG BAKAL MENJADI SUAMIKU...
Pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya...Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku...Tiupkanlah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih ALLAH... Hidup ini...umpama satu perjalanan yang jauh...penuh liku dan cabaran...berpegang teguhlah pada tongkat iman dengan berpandukan suluh agama....sesekali kita terjatuh...ubatilah dengan istighfar dan taubat...INSYAALLAH...kita akan sampai di perkampungan JANNAH...

Ya Allah, Sekiranya insan ini adalah pilihan Mu diArashy....Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.... Sekiranya insan ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu... Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.... Sekiranya insan ini adalah putera raja untuk ku di JannahMu..... Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya...... Sekiranya insan ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu..... Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..... Sekiranya insan ini jodoh yang dirahmati olehMu.... Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan.... Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu.... Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan...


Ya Allah, Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku... Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku.... Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai.... Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

"Ya Allah, sesungguhnya,
aku lemah tanpa petunjukMu...
Aku buta tanpa bimbinganMu...
Aku cacat tanpa hidayahMu...
Aku hina tanpa RahmatMu "

Ya Allah, kuatkan hati dan semangatku.... Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu. Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami.... Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha.... Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan. Kerana aku pasrah dengan dugaanMu.... Kerana aku sedar hinanya aku.... Kerana aku insan lemah yg kerap keliru.... Kerana aku leka dengan keindahan duniamu.... Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu.... Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu....

"Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati....
Amin, amin Ya Rabbal Allamin.."

1 comments:

Kang_Abuy on November 28, 2010 at 11:39 PM said...

baarokalloh...

(^_^)

Scars That Can Never Heal

God, please send me A lover which is kind The one who love me for who I really am.....







Tentang Ryhana

My photo
ipoh, perak, Malaysia
حسبي ربي جل اللَّه ما في قلبي غير اللَّه نور محمد صلى اللَّه لا إلــــه إلا اللَّـــه
 

OrkedLife Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting