“Janganlah kamu mencari pasangan yang terlalu sempurna dimata, tapi carilah pasangan yang berusaha menyempurnakan hidupmu dengan cara yang dicintai Allah.”
لا إلــــه إلا اللَّـــه محمد رسول اللَّه

06 Julai 2010, jam 8.30 mlm, di Auditorium Taman Budaya Negeri Perak.
Sebelum pementasan Teater GES bermula... para tetamu yang hadir telah dihiburkan oleh kumpulan muzik PERKUSIGATRA
Dengan iringan muzik dari kumpulan PERKUSIGATRA, badut-badut telah menghiburkan penonton-penonton dengan berdansa seiring dengan muzik yg dialunkan...
Pementasan GES dimulakan dengan gelagat-gelagat badut yang melucukan. Penonton turut terlibat kerana badut ini berkomunikasi dengan penonton di dalam auditorium.
Segmen 1~ Selepas badut beraksi, Yusmar Afendi membuat gerakan silat dengan gaya seorang pendekar. Seterusnya Gerakan Kelahiran. Menceritakan tentang kelahiran... segmen ini tiada sepatah dialog dilontarkan hanya bermain dengan gerak dan emosi diiringi alunan muzik yang menyentuh jiwa...
Gambar di atas adalah Dekon Syaitan dan Iblis..diakhir segmen ini bergema lagu Perjalanan Hidup Ini nyanyian Ramli Sarip... Secara peribadi lagu ini amat memberi kesan dalam jiwa ketika menghayatinya.
Segmen 2~ Lakon pantun dua kerat telah dipertontonkan..Dekon 'Biarkan Burung Hantu Berbunyi' menyusul selepas Gerak Selendang Kasih dan nyanyian lagu 'Doa Buat Kekasih'...
Segmen 3~ Dekon 'Berkolek Bersajak' disusuli dekon 'Warisan Budaya Membaca'... Gerakan Serangan Palestin telah meruntun jiwa penonton. Ada di antara penonton yang mengalirkan airmata ketika Dekon dan gerak Pembunuhan Palestin.... Gerak Sukarelawan tanpa dialog membawa penonton ke suatu arena yang menuntut kita prihatin atas apa yg berlaku dibumi GAZA.
Kibaran Jalur Gemilang ketika Dekon Tanah Airku... Dengan suara latar yang menceritakan sesuatu. Berharap agar bumi Malaysia tidak akan ditimpa bencana seperti bumi Gaza.
Di akhir pementasan kesemua pelakon telah mendendangkan lagu SEDAR sebagai penutup persembahan pada malam tersebut.

OrkedLife Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting