Dunia Si Comelku
Wednesday, July 14, 2010
BUAT TATAPAN INSAN YANG BAKAL MENJADI SUAMIKU

Ya Allah, Sekiranya insan ini adalah pilihan Mu diArashy....Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.... Sekiranya insan ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu... Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.... Sekiranya insan ini adalah putera raja untuk ku di JannahMu..... Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya...... Sekiranya insan ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu..... Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..... Sekiranya insan ini jodoh yang dirahmati olehMu.... Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan.... Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu.... Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan...
Ya Allah, Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku... Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku.... Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai.... Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
"Ya Allah, sesungguhnya,
Ya Allah, kuatkan hati dan semangatku.... Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu. Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami.... Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha.... Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan. Kerana aku pasrah dengan dugaanMu.... Kerana aku sedar hinanya aku.... Kerana aku insan lemah yg kerap keliru.... Kerana aku leka dengan keindahan duniamu.... Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu.... Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu....
"Ya Allah Ya Tuhanku...
Amin, amin Ya Rabbal Allamin.."
Sweet Journey.... (Terima Kaseh MAK)
sungguh unik ciptaan ALLAH....Syukur aku masih bernafas hingga kini....suatu ketika pasti aku melalui detik dan waktu ini...
Sunday, January 10, 2010
Bukan Cinta Manusi Biasa
Dewa 19 - Bukan Cinta Manusia Biasa
ku tetap mencintaimu masih
meski kau tak cinta aku
ku tetap merindukan
meski kau tak pernah merasa
sedikit pun untuk merindukan aku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
reff:
cintaku ini bukan cinta milik manusia biasa
cintaku ini cinta sejati yang paling sejati
ku tetap memaafkan salahmu
meski kau terus sakiti
ku tetap menerima
seribu kata maaf
yang selalu kau ucapkan
dari bibirmu yang manis
repeat reff
ku tetap mencintaimu masih
meski kau tak cinta aku
ku tetap merindukan
meski kau tak pernah merasa sedikitpun
untuk merindukan diriku
merindukan aku
repeat reff [2x]
Wednesday, August 26, 2009
Aku juga manusia
kalo kita pikirkan semula perjalanan hidup kita... ia seperti satu perjalanan cerita yg kita sendiri tak sedar...bila dah terjadi baru kita sedar akan apa yg kita dah buat..... seperti juga teater... sejujurnya...diriku makin terbentuk melalui teater.... semenjak aku leka dan mula intim dengan dgn dunia teater sehingga kadangkalanya aku melupakan perkara yg patut aku lakukan utk org yg menyayangi aku tp blom ada sebab dia nk mencintai aku....ahaks!!!!~(hanya dia yg tahu)
ok la, dalam teater terdapat 3 elemen yg tersangat penting yg paling asas... ianya suara,emosi dan gerak... Ketiga-tiga elemen ni sgt berkaitan antara satu sama lain... kalo takde salah satu darinya....tiada erti sebuah pementasan teater... tp ape yg nk dinyatakan disini teater sebenarnya membentuk sahsiah insan..
seni itu indah
~selamat menjalani ibadah puasa~
Monday, August 24, 2009
apa ertinya???
buat insan tersayang, dari mula hubungan ni wujud dalam hidup.... aku sendiri tak pasti mana logiknya utk menolak, sedangkan masing2 menyimpan hasrat utk memiliki antara satu sama lain... permulaan yg cukup indah...cukup menarik utk di abadikan dalam diari kenangan hidup... mungkin ini tak sehebat cinta pertama kita...ape pon yg lepas biarkan dia berlalu... percintaan bukan satu perjanjian sejati... percintaan perlu memiliki kejujuran,ikhlas, saling memahami, bukan sekadar kaseh sayang yg hanya mampu diungkap tanpa disemadikan dalam hati... aku sendiri mengakui aku sepi tanpa cinta... ia bukan keperluan...tp pelengkap hidup.... kamu banyak mengajar tentang keberanian bersuara dlm hubungan... kenapa ye bley berubah???
mmg sifat aku... aku menerima seseorang apa adanya...walau bagaimana sukar sekali utk berhadapan dengan masalah antara kita..aku tetap disitu... sehingga samp satu masa aku dah tak diperlukan lagi dlm hidup kamu... aku akan pergi... tp sewaktu aku melangkah pergi dr hidup kamu apa yg pasti kamu berada dlm keadaan yg cukup gembira bukan berduka kerana hubungan dah pon berakhir....tp ini bukan impianku..dan aku mmg mengharap ia takkan terjadi...ini bukan zaman cinta monyet lagi..... seperti kata kamu...kita tak tau ape yg akan berlaku akan datang...ye...sbb tu kita perlu lalui hakikat yg realiti... bersedia menghadapi hubungan yg serius seperti ini... tak perlu ada persamaan antara kita..cukup sekadar memahami...
aku mengharap kamu bukan saje jadik kekasih...tp sahabat,kawan paling akrab, teman waktu susah senangku..... bukan manja yg diharapkan....kita kan dah dewasa.... mungkin jugak disebabkan aku sibuk dengan aktiviti sosialku buat kita makin renggang.... tp buat masa nih aku rase yg kita dah makin jauh.... tak mesra mcm dulu.... adakalany mmg aku rasa bersalah sbb aku menjadi punca kita bergaduh..aku jugak jadik faktor perubahan sikap kamu padaku... walaupon masih belum ada ikatan yg sah,sejujurny aku tak mau kamu pergi dari hidupku.... utk waktu hati aku sentiasa bertanya....kamu masih syg aku? kamu masih perlukan aku? siapa aku dihatimu? bukan janji yg akan dituntut... bukan mengungkit segala pengorbanan.... hanya mengharap cinta yg abadi yg akan berakhir dengan senyuman yg cukup bermakna..... catatan cerita ini aku taknk hentikan...mengenalimu adalah suatu perkara yg indah.... walau pon tak samp bertahun kita mengenali tp aku akan teruskan kisah ini sehingga satu masa yg blom pasti bile......
Sunday, June 21, 2009
Happy Father's Day
Abah, Selamat Hari Bapa, tiada hadiah istimewa yang mampu dipersembahkan utkmu, hanya iringan doa yang sentiasa ingin dirimu tenang berada di alam sana..dan di tempatkan di golongan mereka yang beriman dan bertakwa....adik rindu abah....sayang adik pada abah tak penah berubah dari dulu hingga kini walau abah takde lagi disisi..kenangan bersama tetap segar dalam diri... terima kasih abah, walau dulu adik merajuk lame ngn abah sbb kena rotan kena marah, kini adik paham, abah nk adik berjaya... kejayaan yang adik kecapi kini kerana masih kuat semangat yang abah berikan dulu pada adik... Terima kasih kerana dah jaga adik dan keluarga dengan baik selama hayat mu abah.... Abah bapa kebanggaan adik selamanya.... i love u n i really miss u...abah...dan ini juga adalah ayah terhebat, Cikgu Shidi, beliau insan yang 'indah'.. ade sesuatu dalam dirinya yang buat weols rasa bertuah mengenali beliau..dan ini mungkin takdir weols mendapat 'ayah yang baru' dalam keluarga yang baru...keluarga baru dalam hidup weols...BBP.tak lupe juga kepada bapa dalam keluarga kedua weols, MUSC, Ahkau a.k.a baba yaeesh , Najib dll.....
walaupon semalam Father's Day, weols tak kesah pon publish lewat...janji ade dan tetap ingat oke..hehehe.... SeLamat Hari Bapa ini weols ingin ucapkan kepada semua bapa-bapa di dunia.. nk gak la taip sket name-name bapa-bapa yang weols ingat iaitu, abg shai, abg ramzie, najib, alan, en.safrul dan suma-suma yang jadi bapa n bakal jadik bapa.... Sesungguhnya pengorbananmu menjadi wira kepada family adalah tunjang kebahagiaan keluarga...zass...
Wednesday, June 17, 2009
Tribute To Nur Nadia
Pada 18 Jun 2009 jam 12.15 malam (Selasa), Nur Nadia Salehuddin telah kembali ke rahmatullah setelah koma sejak Ahad Lepas. Nadia ni sepupu weols... Dia muda 2tahun dari weols....nadia menghembuskan nafasnya yg terakhir di Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, waktu dia tenat weols tak sempat nk tgk sbb ari isnin mlm dia tenat...hari ahad tu kata makcik ita (mak nadia), nadia stabil je tp masih tak sedar....
camtu je cara dia pergi...kenangan bersama dia akan tetap weols ingat samp ke hembusan nafas weols yg terakhir...antara sepupu-sepupu yang lain weols selalu ade ngn nadia kalo time balik kg or perjumpaan keluarga n ade sorang lagi sepupu weols...wana..kitorang selalu bertiga sbb umur lebih kurang cuma beza ngn weols 2tahun je....
nadia ni pandai budaknya...yela dari UPSR,PMR samp la ke SPM....suma keputusan cemerlang... straight A+ tau...... Best Student Matrik Gopeng dalam jurusan ACCOUNT.... skang dia tahun akhir di UM.... skang tgh semester break....
Dia ni jenis tak banyak ckp sgt....low profile je....soft spoken...fyi,nadia ni puteri tunggal dalam keluarga dia..yg tinggal kini,dua org adik lelaki dia je.....
mungkin ini potret terakhir nadia bersama temannya...
potret bersama ibu yang tersayang
AL-FATIHAH...nadia,saya doakan agar tenang awak disana,saya sentiasa akan mendoakan awak... saya akan kenang setiap detik kita bersama dulu dari usia kecil hingga kini... saya dan suma keluarga redha dan relakan pemergian awak nadia, "Ya ALLAH kau tempatkanlah saudaraku ini dikalangan orang-orang yang mendapat keampunan darimu, sesungguhnya Kau maha pengampun lagi penyayang, Kau rahmatilah rohnya.....amin.."salam rindu yang berkekalan buatmu NUR NADIA..
(^_^)
Tentang Ryhana
- oRked
- ipoh, perak, Malaysia
- حسبي ربي جل اللَّه ما في قلبي غير اللَّه نور محمد صلى اللَّه لا إلــــه إلا اللَّـــه





