buat insan tersayang, dari mula hubungan ni wujud dalam hidup.... aku sendiri tak pasti mana logiknya utk menolak, sedangkan masing2 menyimpan hasrat utk memiliki antara satu sama lain... permulaan yg cukup indah...cukup menarik utk di abadikan dalam diari kenangan hidup... mungkin ini tak sehebat cinta pertama kita...ape pon yg lepas biarkan dia berlalu... percintaan bukan satu perjanjian sejati... percintaan perlu memiliki kejujuran,ikhlas, saling memahami, bukan sekadar kaseh sayang yg hanya mampu diungkap tanpa disemadikan dalam hati... aku sendiri mengakui aku sepi tanpa cinta... ia bukan keperluan...tp pelengkap hidup.... kamu banyak mengajar tentang keberanian bersuara dlm hubungan... kenapa ye bley berubah???
apa ertinya...?
mmg sifat aku... aku menerima seseorang apa adanya...walau bagaimana sukar sekali utk berhadapan dengan masalah antara kita..aku tetap disitu... sehingga samp satu masa aku dah tak diperlukan lagi dlm hidup kamu... aku akan pergi... tp sewaktu aku melangkah pergi dr hidup kamu apa yg pasti kamu berada dlm keadaan yg cukup gembira bukan berduka kerana hubungan dah pon berakhir....tp ini bukan impianku..dan aku mmg mengharap ia takkan terjadi...ini bukan zaman cinta monyet lagi..... seperti kata kamu...kita tak tau ape yg akan berlaku akan datang...ye...sbb tu kita perlu lalui hakikat yg realiti... bersedia menghadapi hubungan yg serius seperti ini... tak perlu ada persamaan antara kita..cukup sekadar memahami...
apa ertinya???
aku mengharap kamu bukan saje jadik kekasih...tp sahabat,kawan paling akrab, teman waktu susah senangku..... bukan manja yg diharapkan....kita kan dah dewasa.... mungkin jugak disebabkan aku sibuk dengan aktiviti sosialku buat kita makin renggang.... tp buat masa nih aku rase yg kita dah makin jauh.... tak mesra mcm dulu.... adakalany mmg aku rasa bersalah sbb aku menjadi punca kita bergaduh..aku jugak jadik faktor perubahan sikap kamu padaku... walaupon masih belum ada ikatan yg sah,sejujurny aku tak mau kamu pergi dari hidupku.... utk waktu hati aku sentiasa bertanya....kamu masih syg aku? kamu masih perlukan aku? siapa aku dihatimu? bukan janji yg akan dituntut... bukan mengungkit segala pengorbanan.... hanya mengharap cinta yg abadi yg akan berakhir dengan senyuman yg cukup bermakna..... catatan cerita ini aku taknk hentikan...mengenalimu adalah suatu perkara yg indah.... walau pon tak samp bertahun kita mengenali tp aku akan teruskan kisah ini sehingga satu masa yg blom pasti bile......
Tiada kata-kata yang mampu diucap! Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya itu pengganti ungkapan tatkala terpapar peristiwa demi peristiwa kekejaman Israel ke atas Palestin.
Hari ini, dunia globalisasi tidak lagi miliki had dan sempadan. Alkisah Gaza mahupun Palestin senantiasa terbentang di dada-dada akbar. Hatta, dunia virtual dalam arus teknologi terkini tidak lagi mampu menghalang visual kesengsaraan rakyat Palestin dari disogok ke mata dunia.
Apakah yang boleh kita lakukan sebagai rakyat marhaen? Manusia normal manakah yang mampu menutup telinga mendengar tangisan derita mereka?Manusia apakah yang tidak tersentuh melihat kemusnahan demi kemusnahan, jiwa mahupun harta benda!
Keperihatinan masyarakat dunia diundang tanpa paksaan, sesungguhnya keikhlasan yang dihulur bukanlah sebuah lakunan. Agama dan bangsa tidak lagi menjadi ukuran. Wang ringgit disumbang, doa dipohon lantaran berqunut nazilah jua dipanjangkan.
Kini, terhenti sudah peperangan fizikal namun kesengsaraan mereka masih dilalui sehingga ke hari ini. Kezaliman Zionis telah mengorbankan ribuan Palestin, meninggalkan ratusan kanak-kanak tanpa orang tua. Kehidupan mendatang ditempuh dengan sejuta pengharapan biarpun berbumbungkan angkasa dan berlantaikan bumi padang jarak padang terkukur.
Di sebalik keghairahan memanjatkan simpati kepada bumi Palestin, penderitaan bangsa sendiri tidak dialpa. Perit yang dirasa mungkin berbeda, namun perhatian dipinta tetap serupa. Mereka diantara penghuni di bumi Malaysia yang terhimpit di tengah-tengah kemakmuran kehidupan manusia lain. Sementara kita tersandar kekenyangan, mereka mungkin terdampar kelaparan. Tidur kita dialas tilam empuk ribuan ringgit, mereka mungkin merengkuk kesejukan. Mereka tidak menagih kemewahan menyambung hidup mendatang, namun mampukah kita memandang jiran yang serba kedaifan.
Atas rasa kesedaran yang tinggi, naluri kami tidak mampu berdiam diri memandang dikejauhan cuma. Biarlah kami bangkit membuktikan anak seni jua punya kudrat untuk berbakti walau tidak segagah perwira mahupun sehebat pertiwi negara.
Justeru, kami anak-anak bangsawan yang bergabung tenaga di bawah nama Pertubuhan Bangsawan Warisan Moraza Negeri Perak telah bersatu hati ingin menjayakan Kembara Amal Malaysian & Palestinian dalam Persembahan Teater Wan Cik Gondah Serikandi Perak untuk menyumbang bagi meringankan beban penderitaan mereka di bumi Palestin dan jua Malaysia yang berbagai rupa.
kat sini weols sertakn gambar sekitar Teater Bangsawan Siti Zulaikha....
yang kat atas ni banting yang di pasang sekitar kawasan ipoh
ini adalah hari dimana weols start jadik crew produksi... time ni diorg baru je try costum memasing sbb keesokan harinya akan diadakan full dress rehearsal....
ini antara babak-babak dalam teater.....
time rehearsal diorang start agak lambat mmg lambat pon sbnrnya..hadoiyai...
mmg letih kot...paling awal balik pon kul 2 pagi....ngantuk.....
kalo makeupkan sorang je tak pe la.... ramai uols... lembikkkk....
hye uols, thanks coz follow blog weols.....sorry uols lame tak hapdet blog....ketandusan kata-kata n idea katanya...
p/s: Sepanjang weols menyenyapkan diri di blog ini byk cite yg weols tak kongsi ngn uols suma....bz kekdahnya....takpe pelan2 weols hapdet show2 weols yg lepas2.....