Dunia Si Comelku
Tuesday, April 30, 2013
Wednesday, February 6, 2013
Doa Adalah Senjata Orang Mukmin
Doa adalah jalan keselamatan, tangga pengantar, sesuatu yang dituntut
oleh orang-orang yang berpengetahuan, kendaraan orang-orang shalih, tempat
berlindung bagi kaum yang terzalimi dan tertindas, melalui doa nikmat
diturunkan dan melaluinya pula murka dihindarkan. Alangkah besar
kebutuhan para hamba Allah akan doa, seorang muslim tidak akan pernah
bisa lepas dari kebutuhan akan doa dalam setiap situasi dan kondisinya.
Doa adalah obat yang paling mujarab, ia ibarat musuh bagi penyakit, ia
senantiasa melawan, menghilangkan atau meringankanya.
Begitulah kedudukan doa, seharusnya bagi seorang muslim untuk
mengetahui keutamaan-keutamaan dan adab-adab doa, kita memohon kepada
Allah SWT agar menerima doa dan amal soleh kita. Wallahu'alam...
Saturday, December 29, 2012
Keredhaan Allah atau Mardhotillah
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Keredhaan Allah atau Mardhotillah adalah sesuatu yang diharapkan oleh sekalian hamba Allah yang beriman. Setiap amalan yang kita lakukan hendaklah dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah kerana tiada apa lagi ganjaran yang lebih tinggi melainkan redha Allah s.w.t ke atas kita semua. Dengan redha Allah barulah kita mendapat bantuan, pertolongan dan ganjaran dari Nya. Salah satu jalan meraih redha Allah adalah dengan mencari keredhaan ibu dan bapa kita.
Monday, December 24, 2012
ape dah jadik?
salam everyone...
I've no idea what happened to my blog.I do not remember what caused this thing happen.Perhaps because I often change the HTML coding kot...
Anything please help me oh wise bloggers... (T_T)
In layout have 2 boxes post...aduyaiii...!!!~
I've no idea what happened to my blog.I do not remember what caused this thing happen.Perhaps because I often change the HTML coding kot...
Anything please help me oh wise bloggers... (T_T)
In layout have 2 boxes post...aduyaiii...!!!~
Monday, September 3, 2012
Syawal 1433H
Salam Aidilfitri buat semua...rasanya belom lambat lagi nak wish kan....?
So,tahun ni tahun 2012 bersamaan dgn 1433H... Aidilfitri kali ni disambut dengan kadar yang begitu sederhana sekali.. tapi ape pon tetap happy. Cuma malam raya kami sekeluarga dapat berita yang sedih... Makcik sy kembali ke rahmatullah setelah seminggu koma... Moga Allah tempatkan beliau dikalangan hambanya yang beriman dan memperoleh syurga... Al-Fatihah buat arwah Sofiah binti Hafsah (Wan Tam).
Jadi, sedikit photo buat tatapan semua...
| Qaseh with faidhi : "Rambut kami serupa kan?" :D |
Saturday, June 23, 2012
Friday, June 22, 2012
Sederhana aje okey...
“Janganlah kamu mencari pasangan yang terlalu sempurna dimata, tapi carilah pasangan yang berusaha menyempurnakan hidupmu dengan cara yang dicintai Allah.”
Wednesday, June 20, 2012
Anak Kecil yang takut akan NERAKA
Dalam sebuah
riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi
sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang
mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang
tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak
kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak
kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai
kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum"
yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian
akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api
neraka."
Berkata orang tua
itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan
kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil
itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik
lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan
letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka
letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu
sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua
itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka
daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
Monday, June 18, 2012
Sunday, June 17, 2012
Limited Edition
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Bercerita tentang suatu perkara yang lumrah iaitu CINTA... Zaman sekarang ni boleh dikatakan couple itu normal dan perkara biasa bagi semua orang. Tak pelik ape pon kalo orang bercouple kan uols? Tapi apa yang saya nak bawakan hari ini tentang persepsi mereka bagi golongan yang tak bercouple. Apa yang pelik eyh dengan orang yang tak bercouple nih? Antara alasan ayng diberikan oleh sesetengah golongan adalah :
Wednesday, April 4, 2012
Orked dan Briyani Tati
First of all,بسم الله الرّحمن الرّحيم
hye bloggers.... lame sangat dah saya tak berblogging.... bukan setakat bersawang dan berlumut segala bagai dah.... hahaha.... ok la...i just want to update my latest story only...
Actually tak rancang pon nak jupe my dearest sister diyana.... kebetulan pulak saya nk tukar RM to Rupiah coz esok saya nk fly ke Medan katanye... So, contact diyana perkara utama memang nak wat money exchange je.. tak sangka pulak saya dijemput utk jadi tetamu kat rumah dia malam tadi utk menjamu Nasi Briyani... Yummy.... So after maghrib saya n my mom siap-siap la nk gerak ke Tambun....
So kat bawah ni...saya attach skali pic yg sempat saya snap-snap tadi with diyana...
Wednesday, March 21, 2012
Wednesday, July 14, 2010
BUAT TATAPAN INSAN YANG BAKAL MENJADI SUAMIKU

BUAT TATAPAN INSAN YANG BAKAL MENJADI SUAMIKU...
Pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya...Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku...Tiupkanlah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih ALLAH... Hidup ini...umpama satu perjalanan yang jauh...penuh liku dan cabaran...berpegang teguhlah pada tongkat iman dengan berpandukan suluh agama....sesekali kita terjatuh...ubatilah dengan istighfar dan taubat...INSYAALLAH...kita akan sampai di perkampungan JANNAH...
Ya Allah, Sekiranya insan ini adalah pilihan Mu diArashy....Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.... Sekiranya insan ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu... Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya.... Sekiranya insan ini adalah putera raja untuk ku di JannahMu..... Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya...... Sekiranya insan ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu..... Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya..... Sekiranya insan ini jodoh yang dirahmati olehMu.... Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan.... Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu.... Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan...
Ya Allah, Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku... Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku.... Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai.... Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
"Ya Allah, sesungguhnya,
aku lemah tanpa petunjukMu...
Aku buta tanpa bimbinganMu...
Aku cacat tanpa hidayahMu...
Aku hina tanpa RahmatMu "
Ya Allah, kuatkan hati dan semangatku.... Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu. Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami.... Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha.... Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan. Kerana aku pasrah dengan dugaanMu.... Kerana aku sedar hinanya aku.... Kerana aku insan lemah yg kerap keliru.... Kerana aku leka dengan keindahan duniamu.... Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu.... Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu....
"Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati....
Amin, amin Ya Rabbal Allamin.."
Amin, amin Ya Rabbal Allamin.."
Sweet Journey.... (Terima Kaseh MAK)
sungguh unik ciptaan ALLAH....Syukur aku masih bernafas hingga kini....suatu ketika pasti aku melalui detik dan waktu ini...
Thursday, July 8, 2010
Teater Ekspermental G,E,S
06 Julai 2010, jam 8.30 mlm, di Auditorium Taman Budaya Negeri Perak.Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya Produksi GES Badan Budaya Perak telah berjaya membuat pementasan Teater Eksperimental Gerak Emosi & Suara. Sekalung ucapan penghargaan kepada semua yg terlibat dalam produksi kali ini..tidak kira secara langsung mahupon secara tidak langsung. Jutaan terima kaseh diucapkan kepada mereka yang sudi meluangkan masa menonton pementasan ini dari awal hingga ke akhir... sokongan dari kalian amat kami hargai...
Sebelum pementasan Teater GES bermula... para tetamu yang hadir telah dihiburkan oleh kumpulan muzik PERKUSIGATRA
Dengan iringan muzik dari kumpulan PERKUSIGATRA, badut-badut telah menghiburkan penonton-penonton dengan berdansa seiring dengan muzik yg dialunkan...
Pementasan GES dimulakan dengan gelagat-gelagat badut yang melucukan. Penonton turut terlibat kerana badut ini berkomunikasi dengan penonton di dalam auditorium.
Segmen 1~ Selepas badut beraksi, Yusmar Afendi membuat gerakan silat dengan gaya seorang pendekar. Seterusnya Gerakan Kelahiran. Menceritakan tentang kelahiran... segmen ini tiada sepatah dialog dilontarkan hanya bermain dengan gerak dan emosi diiringi alunan muzik yang menyentuh jiwa...
Gambar di atas adalah Dekon Syaitan dan Iblis..diakhir segmen ini bergema lagu Perjalanan Hidup Ini nyanyian Ramli Sarip... Secara peribadi lagu ini amat memberi kesan dalam jiwa ketika menghayatinya.
Segmen 2~ Lakon pantun dua kerat telah dipertontonkan..Dekon 'Biarkan Burung Hantu Berbunyi' menyusul selepas Gerak Selendang Kasih dan nyanyian lagu 'Doa Buat Kekasih'...
Segmen 3~ Dekon 'Berkolek Bersajak' disusuli dekon 'Warisan Budaya Membaca'... Gerakan Serangan Palestin telah meruntun jiwa penonton. Ada di antara penonton yang mengalirkan airmata ketika Dekon dan gerak Pembunuhan Palestin.... Gerak Sukarelawan tanpa dialog membawa penonton ke suatu arena yang menuntut kita prihatin atas apa yg berlaku dibumi GAZA.
Kibaran Jalur Gemilang ketika Dekon Tanah Airku... Dengan suara latar yang menceritakan sesuatu. Berharap agar bumi Malaysia tidak akan ditimpa bencana seperti bumi Gaza.
Di akhir pementasan kesemua pelakon telah mendendangkan lagu SEDAR sebagai penutup persembahan pada malam tersebut.Kalau sekarang aku telah ingat sedar
Baru bangun dari tidur mengantuk
Sedar dalam dunia yang sekarang bergegar
Setelah lama hidup kini terbujur
Tidur lena dibuai impian melambung tinggi
Terasa sudah ada dipuncak menara
Kini mengerti diri dan budi
Hanya kulit di luar dalam tak berisi
Walau jauh tinggal dibelakang
Aku bangun jua melangkah kemuka
Sebagai manusia yang sedang berjuang
Merempuh segala untuk hidup merdeka
Kalau dulu keliling awan pekat hitam
Kini cahaya fajar cerah terang
Penuh syukur kepada Tuhan
Kerana kesedaran menyebabkan
Manusia berjuang......
Baru bangun dari tidur mengantuk
Sedar dalam dunia yang sekarang bergegar
Setelah lama hidup kini terbujur
Tidur lena dibuai impian melambung tinggi
Terasa sudah ada dipuncak menara
Kini mengerti diri dan budi
Hanya kulit di luar dalam tak berisi
Walau jauh tinggal dibelakang
Aku bangun jua melangkah kemuka
Sebagai manusia yang sedang berjuang
Merempuh segala untuk hidup merdeka
Kalau dulu keliling awan pekat hitam
Kini cahaya fajar cerah terang
Penuh syukur kepada Tuhan
Kerana kesedaran menyebabkan
Manusia berjuang......


Wednesday, June 30, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)
(^_^)
Tentang Ryhana
- oRked
- ipoh, perak, Malaysia
- حسبي ربي جل اللَّه ما في قلبي غير اللَّه نور محمد صلى اللَّه لا إلــــه إلا اللَّـــه






