Dalam sebuah
riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi
sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang
mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang
tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak
kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak
kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai
kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum"
yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian
akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api
neraka."
Berkata orang tua
itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan
kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."
Berkata anak kecil
itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik
lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan
letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka
letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu
sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua
itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka
daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
0 comments:
Post a Comment