Dunia Si Comelku

Thursday, July 8, 2010

Teater Ekspermental G,E,S


G-Gerak E-Emosi S-Suara

06 Julai 2010, jam 8.30 mlm, di Auditorium Taman Budaya Negeri Perak.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya Produksi GES Badan Budaya Perak telah berjaya membuat pementasan Teater Eksperimental Gerak Emosi & Suara. Sekalung ucapan penghargaan kepada semua yg terlibat dalam produksi kali ini..tidak kira secara langsung mahupon secara tidak langsung. Jutaan terima kaseh diucapkan kepada mereka yang sudi meluangkan masa menonton pementasan ini dari awal hingga ke akhir... sokongan dari kalian amat kami hargai...

Sebelum pementasan Teater GES bermula... para tetamu yang hadir telah dihiburkan oleh kumpulan muzik PERKUSIGATRA

Dengan iringan muzik dari kumpulan PERKUSIGATRA, badut-badut telah menghiburkan penonton-penonton dengan berdansa seiring dengan muzik yg dialunkan...


Pementasan GES dimulakan dengan gelagat-gelagat badut yang melucukan. Penonton turut terlibat kerana badut ini berkomunikasi dengan penonton di dalam auditorium.

Segmen 1~ Selepas badut beraksi, Yusmar Afendi membuat gerakan silat dengan gaya seorang pendekar. Seterusnya Gerakan Kelahiran. Menceritakan tentang kelahiran... segmen ini tiada sepatah dialog dilontarkan hanya bermain dengan gerak dan emosi diiringi alunan muzik yang menyentuh jiwa...

Gambar di atas adalah Dekon Syaitan dan Iblis..diakhir segmen ini bergema lagu Perjalanan Hidup Ini nyanyian Ramli Sarip... Secara peribadi lagu ini amat memberi kesan dalam jiwa ketika menghayatinya.

Segmen 2~ Lakon pantun dua kerat telah dipertontonkan..Dekon 'Biarkan Burung Hantu Berbunyi' menyusul selepas Gerak Selendang Kasih dan nyanyian lagu 'Doa Buat Kekasih'...

Segmen 3~ Dekon 'Berkolek Bersajak' disusuli dekon 'Warisan Budaya Membaca'... Gerakan Serangan Palestin telah meruntun jiwa penonton. Ada di antara penonton yang mengalirkan airmata ketika Dekon dan gerak Pembunuhan Palestin.... Gerak Sukarelawan tanpa dialog membawa penonton ke suatu arena yang menuntut kita prihatin atas apa yg berlaku dibumi GAZA.
Pelakon cilik di segmen Dekon Warisan Budaya Membaca

Kibaran Jalur Gemilang ketika Dekon Tanah Airku... Dengan suara latar yang menceritakan sesuatu. Berharap agar bumi Malaysia tidak akan ditimpa bencana seperti bumi Gaza.

Di akhir pementasan kesemua pelakon telah mendendangkan lagu SEDAR sebagai penutup persembahan pada malam tersebut.

Kalau sekarang aku telah ingat sedar
Baru bangun dari tidur mengantuk
Sedar dalam dunia yang sekarang bergegar
Setelah lama hidup kini terbujur
Tidur lena dibuai impian melambung tinggi
Terasa sudah ada dipuncak menara
Kini mengerti diri dan budi
Hanya kulit di luar dalam tak berisi
Walau jauh tinggal dibelakang
Aku bangun jua melangkah kemuka
Sebagai manusia yang sedang berjuang
Merempuh segala untuk hidup merdeka
Kalau dulu keliling awan pekat hitam
Kini cahaya fajar cerah terang
Penuh syukur kepada Tuhan
Kerana kesedaran menyebabkan
Manusia berjuang......



Semoga apa yang ingin kami sampaikan akan tersemat disanubari semua penonton.
TEATER ITU MEMANUSIAKAN MANUSIA

1 comments:

puteri natasha said...

teater sedar is the bes .
14 okt. at my school . >smkjj<

(^_^)

Scars That Can Never Heal

God, please send me A lover which is kind The one who love me for who I really am.....







Tentang Ryhana

My photo
ipoh, perak, Malaysia
حسبي ربي جل اللَّه ما في قلبي غير اللَّه نور محمد صلى اللَّه لا إلــــه إلا اللَّـــه
 

OrkedLife Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting