Dunia Si Comelku

Wednesday, July 29, 2009

Promosi



PEMENTASAN TEATER

KEMBARA AMAL MALAYSIAN & PALESTINIAN

“WAN CIK GONDAH SERIKANDI PERAK”


Karya: Allahyarham Onie Moraza

Pengarah: Shahnoor Zahurin



PENGENALAN

Tiada kata-kata yang mampu diucap! Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya itu pengganti ungkapan tatkala terpapar peristiwa demi peristiwa kekejaman Israel ke atas Palestin.

Hari ini, dunia globalisasi tidak lagi miliki had dan sempadan. Alkisah Gaza mahupun Palestin senantiasa terbentang di dada-dada akbar. Hatta, dunia virtual dalam arus teknologi terkini tidak lagi mampu menghalang visual kesengsaraan rakyat Palestin dari disogok ke mata dunia.

Apakah yang boleh kita lakukan sebagai rakyat marhaen? Manusia normal manakah yang mampu menutup telinga mendengar tangisan derita mereka? Manusia apakah yang tidak tersentuh melihat kemusnahan demi kemusnahan, jiwa mahupun harta benda!

Keperihatinan masyarakat dunia diundang tanpa paksaan, sesungguhnya keikhlasan yang dihulur bukanlah sebuah lakunan. Agama dan bangsa tidak lagi menjadi ukuran. Wang ringgit disumbang, doa dipohon lantaran berqunut nazilah jua dipanjangkan.



Kini, terhenti sudah peperangan fizikal namun kesengsaraan mereka masih dilalui sehingga ke hari ini. Kezaliman Zionis telah mengorbankan ribuan Palestin, meninggalkan ratusan kanak-kanak tanpa orang tua. Kehidupan mendatang ditempuh dengan sejuta pengharapan biarpun berbumbungkan angkasa dan berlantaikan bumi padang jarak padang terkukur.

Di sebalik keghairahan memanjatkan simpati kepada bumi Palestin, penderitaan bangsa sendiri tidak dialpa. Perit yang dirasa mungkin berbeda, namun perhatian dipinta tetap serupa. Mereka diantara penghuni di bumi Malaysia yang terhimpit di tengah-tengah kemakmuran kehidupan manusia lain. Sementara kita tersandar kekenyangan, mereka mungkin terdampar kelaparan. Tidur kita dialas tilam empuk ribuan ringgit, mereka mungkin merengkuk kesejukan. Mereka tidak menagih kemewahan menyambung hidup mendatang, namun mampukah kita memandang jiran yang serba kedaifan.

Atas rasa kesedaran yang tinggi, naluri kami tidak mampu berdiam diri memandang dikejauhan cuma. Biarlah kami bangkit membuktikan anak seni jua punya kudrat untuk berbakti walau tidak segagah perwira mahupun sehebat pertiwi negara.

Justeru, kami anak-anak bangsawan yang bergabung tenaga di bawah nama Pertubuhan Bangsawan Warisan Moraza Negeri Perak telah bersatu hati ingin menjayakan Kembara Amal Malaysian & Palestinian dalam Persembahan Teater Wan Cik Gondah Serikandi Perak untuk menyumbang bagi meringankan beban penderitaan mereka di bumi Palestin dan jua Malaysia yang berbagai rupa.


to be continue......

10 comments:

farish izaryl @izreez on July 29, 2009 at 7:43 PM said...

wahh hrus tgok ni hehehe

oRked on July 29, 2009 at 8:03 PM said...

nanti akan di update lagi nih....

attyfir on July 30, 2009 at 1:15 AM said...

mcm besh je nie..harus kena g tgk ..

oRked on July 30, 2009 at 4:16 AM said...

kalo nk g tgk bgtau sy....sbb ticket kena booking....

Pojiepooh Abdullah on July 30, 2009 at 8:58 AM said...

yeah caya la Iena dah start intro nih!
pomot cepat² nti Pojie leh tolong pomot kat blog POjie..
xsabor nk tgok Iena beraksi..
wahhh!

Cik Rara on July 30, 2009 at 11:39 AM said...

beshnye pt msuk teater..cne ek kite nk involve dlm tarian for teater? ad x? pliz tell me..dtg blog k.. :D

oRked on July 30, 2009 at 6:02 PM said...

pojie~nanti akan di update dengan kadar segera...pojie nk tgk btau cpt..sbb ticket kena booking...

oRked on July 30, 2009 at 6:03 PM said...

cik rara~ nanti sy gtau oke...:)

khairul akmal bin azman on July 30, 2009 at 9:16 PM said...

bpe harge tiket 1 pale?

oRked on July 31, 2009 at 8:36 AM said...

Kay~ tiket RM15 sahaja.....bkn setakat menonton tp sebahagian dr duit tiket tu akan disalurkan pada tabung palestin

(^_^)

Scars That Can Never Heal

God, please send me A lover which is kind The one who love me for who I really am.....







Tentang Ryhana

My photo
ipoh, perak, Malaysia
حسبي ربي جل اللَّه ما في قلبي غير اللَّه نور محمد صلى اللَّه لا إلــــه إلا اللَّـــه
 

OrkedLife Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting