Dunia Si Comelku

Tuesday, June 30, 2009

Teater Bangsawan....


Malam ni bertempat di Auditorium Taman Budaya akan berlangsung Teater Bangsawan,
SITI ZULAIKA.....
Masa : 8.30 mlm (Selasa)
Tarikh : 30 JUN 2009
*
*
*
**
*
**
*
*
**
*
*
**
actually weols terlibat secara tak sengaja..teater ni dari group bangsawan... so weols di import utk join jadi crew as assistant AFENZ...ade beberapa orang lagi dari Badan Budaya yang terlibat dalam pementasan sbg pelakon dan penyanyi jemputan....antara nya..acu (wak cantuk), Cikgu Shidi, Puspita dll.....
gambar2 akan di upload kemuadian oke...sgt bz skang nih..wohoo...zass

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day


Abah, Selamat Hari Bapa, tiada hadiah istimewa yang mampu dipersembahkan utkmu, hanya iringan doa yang sentiasa ingin dirimu tenang berada di alam sana..dan di tempatkan di golongan mereka yang beriman dan bertakwa....adik rindu abah....sayang adik pada abah tak penah berubah dari dulu hingga kini walau abah takde lagi disisi..kenangan bersama tetap segar dalam diri... terima kasih abah, walau dulu adik merajuk lame ngn abah sbb kena rotan kena marah, kini adik paham, abah nk adik berjaya... kejayaan yang adik kecapi kini kerana masih kuat semangat yang abah berikan dulu pada adik... Terima kasih kerana dah jaga adik dan keluarga dengan baik selama hayat mu abah.... Abah bapa kebanggaan adik selamanya.... i love u n i really miss u...abah...

ini adalah salah seorang wira kebanggaan dalam hidup weols... abg weols...
MOHAMAD ZULKHAIRI BIN MOHAMAD ZAN...
selamat hari bapa abang....

dan ini juga adalah ayah terhebat, Cikgu Shidi, beliau insan yang 'indah'.. ade sesuatu dalam dirinya yang buat weols rasa bertuah mengenali beliau..dan ini mungkin takdir weols mendapat 'ayah yang baru' dalam keluarga yang baru...keluarga baru dalam hidup weols...BBP.tak lupe juga kepada bapa dalam keluarga kedua weols, MUSC, Ahkau a.k.a baba yaeesh , Najib dll.....


walaupon semalam Father's Day, weols tak kesah pon publish lewat...janji ade dan tetap ingat oke..hehehe.... SeLamat Hari Bapa ini weols ingin ucapkan kepada semua bapa-bapa di dunia.. nk gak la taip sket name-name bapa-bapa yang weols ingat iaitu, abg shai, abg ramzie, najib, alan, en.safrul dan suma-suma yang jadi bapa n bakal jadik bapa.... Sesungguhnya pengorbananmu menjadi wira kepada family adalah tunjang kebahagiaan keluarga...zass...

Wednesday, June 17, 2009

Tribute To Nur Nadia


Pada 18 Jun 2009 jam 12.15 malam (Selasa), Nur Nadia Salehuddin telah kembali ke rahmatullah setelah koma sejak Ahad Lepas. Nadia ni sepupu weols... Dia muda 2tahun dari weols....nadia menghembuskan nafasnya yg terakhir di Wad Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang, waktu dia tenat weols tak sempat nk tgk sbb ari isnin mlm dia tenat...hari ahad tu kata makcik ita (mak nadia), nadia stabil je tp masih tak sedar....
Hari sabtu lepas nadia ni demam, her mum asked her to go to clinic,tp dia taknak..dia kata takpe demam biase je....dia nk beli ubat..kebetulan klinik yg nadia slalu pegi ni tutup..so dia pegi klinik lain.... esok paginya tgk muka dia dah naik merah-merah..nadia ni sensitif, alergic sgt... pastu terus bw ke hospital sbb dia mengadu susah nk bernafas....lepas pemeriksaan, nadia terus koma n di tahan di Wad ICU.....hmmm....
camtu je cara dia pergi...kenangan bersama dia akan tetap weols ingat samp ke hembusan nafas weols yg terakhir...antara sepupu-sepupu yang lain weols selalu ade ngn nadia kalo time balik kg or perjumpaan keluarga n ade sorang lagi sepupu weols...wana..kitorang selalu bertiga sbb umur lebih kurang cuma beza ngn weols 2tahun je....
nadia ni pandai budaknya...yela dari UPSR,PMR samp la ke SPM....suma keputusan cemerlang... straight A+ tau...... Best Student Matrik Gopeng dalam jurusan ACCOUNT.... skang dia tahun akhir di UM.... skang tgh semester break....

Dia ni jenis tak banyak ckp sgt....low profile je....soft spoken...fyi,nadia ni puteri tunggal dalam keluarga dia..yg tinggal kini,dua org adik lelaki dia je.....

gambar bersama insan tercinta


mungkin ini potret terakhir nadia bersama temannya...


potret bersama ibu yang tersayang

nadia,
saya doakan agar tenang awak disana,saya sentiasa akan mendoakan awak... saya akan kenang setiap detik kita bersama dulu dari usia kecil hingga kini... saya dan suma keluarga redha dan relakan pemergian awak nadia, "Ya ALLAH kau tempatkanlah saudaraku ini dikalangan orang-orang yang mendapat keampunan darimu, sesungguhnya Kau maha pengampun lagi penyayang, Kau rahmatilah rohnya.....amin.."
salam rindu yang berkekalan buatmu NUR NADIA..
AL-FATIHAH...

Tuesday, June 9, 2009

The Making Of WAK CANTUK




Disini la permulaan sesi latihan teater WAK CANTUK......selama beberapa minggu weols n team Badan Budaya Perak yg lain menghabiskan waktu malam disini..... Taman Budaya ni dah jadik port utk Badan Budaya..kelas tari, kelas teater & kelas muzik pon wat kat sini jugak... sape yg ade tgk trek selebriti SIDI AF tu mesti perasan tempat nih..hehehe...


Perbincangan antara cikgu shidi dan ahli Badan Budaya Perak (BBP), abg shai, yusma, afiQ... Waktu latihan ni macam2 yg dah berlaku...antara nya Pengurus Pentas menarik diri di saat2 akhir...ade antara pelakon yg ingin menarikkan diri atas sbb mslh peribadi tp dengan kata nasihat dan sokongan dari kawan2, dan ahli2 senior...perjuangan utk pementasan WAK CANTUK diteruskan juga...Pelbagai kisah dan cerita sepanjang latihan teater nih berlangsung...


ni antara sedutan scene teater WAK CANTUK

ouwh lupe lak nk bgtau uols... dlm waktu 5 hari terakhir sblm pementasan, tempat latihan telah ditukar ke rumah cikgu shidi sbb Festival Teater dah start pada 1hb...suma crew produksi WAK CANTUK berkampung di rumah cikgu shidi utk wat latihan...utk buat perbincangan utk uruskan segala-gala la pasal pementasan nih...next n3 weols akan cite plak di belakang tabir dan proses penyiapan setting WAK CANTUK....zass....

Monday, June 8, 2009

ayahanda dan bonda



Sehari sebelum pementasan WAK CANTUK cikgu shidi (ayahanda) dan pn lizawati (bonda) telah diraikan sempena Hari Ulangtahun Perkahwinan mereka yang ke-17

kejutan ini telah diatur oleh che wan dan kak farah telah sponsor cake mlm tu... lepas latihan pada 4hb tepat jam 12 mlm 5hb kami suma menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu"...


semoga ayanhda dan bonda bahagia dan kekal hingga ke akhir masa..amin

Setting WAK CANTUK


Ha uols gmbr yg kat atas ni adalag proses pertengahan utk siapkan setting...yg si yus, amir n abg shai tgh wat ni adalah rumah kedai....pelbagai dugaan dlm proses utk wat setting nih... yela sepatutnya org yg dipertanggungjawabkan utk melaksanakan kerja ni tak dpt memberikan tumpuan dan komitmen sepenuhnya...ujung-ujung ni la muka yg wat keje... siap tertido kat luar umah cikgu shidi lagi....bagus-bagus....dari subuh bawak ke pagi...pagi bawak ke petang... petang bawak ke malam....


weols hepi sgt la dpt team member yg bersunguh-sungguh wat keje utk pementasan nih...
thanks guys...

Ni antara prop yg digunakan....next n3 weols perkenalkan setiap seorang crew produksi samp la ke pelakon oke...hehehe

tgk la walau dah penat camne pon xde yg mengeluh sbb pk kan tanggungjawab... bak kata panel hakim "Teater adalah untuk mewujudkan sahsiah manusia".... banyak benda yg weols dpt belajar dari peringkat awal latihan dan akhirnya pementasan...


pada peringkat awal..inilah hasilnya..sungguh menakjubkan....
ye la, hampa juga ade insan yg hanya tau maki hamun...komen sane sini..bajet dia bagus sgt....tp bukan dia nk buat pon....suh buat rumah tu dua tingkat la..siap salah seorang dr crew yg tolong menyiapkan setting ni menangis sbb terlalu tension dengan sikap pengkritik yg hanya mampu menyemburkan air liur dan mengeluarkan kata-kata kesat tp dia ape pon insan tu hasilkan...
ujung2 dia gunakan setting ni utk pementasan dia plak...adoiyai....

Ni pada hari pementasan..proses pemasangan setting.....tgk la dah siap di cat lagi.... memory terindah dalam menyiapkan setting nih....


uols..ni la setting yg BBP gunakan pada hari pementasan tp ni pon blom complete 100% lagi tau...sbb waktu dah siap sepenuhnya weols x dan nak snap picture sbb bz make up pelakon-pelakon...nanti kalo weols dpt pic waktu pementasan dr kawan-kawan yg dtg tgk weols upload oke uols....


yang terakhir sekali...jutaan terima kasih diucapkan kepada abg fen...abg fen ni ahli senior BBP..pernah menjadi pelakon tambahan filem Paloh uols...huhuhu
bak kata cikgu shidi "insan turun dari langit"...
abg fen ni munculkan diri di ambang kemuncak pementasan...mmg dia ni la superhero dlm situasi nih..yela dr mereka yg dtg dan hanya mampu melontarkan kata-kata dari menghasilkan sesuatu yg berguna kan.... abg fen dtg aritu terus dia tlg siapkan setting.... miracle tak miracle la kan... tp dia mampu lakukan....layannn...

(^_^)

Scars That Can Never Heal

God, please send me A lover which is kind The one who love me for who I really am.....







Tentang Ryhana

My photo
ipoh, perak, Malaysia
حسبي ربي جل اللَّه ما في قلبي غير اللَّه نور محمد صلى اللَّه لا إلــــه إلا اللَّـــه
 

OrkedLife Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by web hosting